Sunday, May 1, 2011
ingin teruskan..
hari ini diri ini terasa satu keinginan untuk menulis sesuatu.....
pada ketika dan waktu ini diri ini terasa kosong dan tidak terisi....
1 Mei 2011 terkenang-kenang di dalam fikiran dan diri ini melihat satu buku yang bertajuk NeuroAnatomy...
ya, betul...diri ini seorang pelajar perubatan yang melanjutkan pelajarannya hingga ke Mesir....
bermula dengan Sijil Pelajaran Malaysia....
diri ini mula mengorak langkah mengejar satu gelaran, 'Doktor Muslim'..
Namun, hari ini diri ini hanya mampu menulis....
dan membaca hanya beberapa muka surat daripada kitab tersebut...
tapi, diri ini mensyukuri setiap daripada ketentuan Allah SWT yang tidak diketahui apakah perancanganNya bagi diri ini...
Sekali lagi, diri ini ingin meneruskan niatnya untuk membuka satu ruang bagi mendekatkan diri padaNya...
diri ini ingin membelek beberapa helai kertas untuk beroleh sesuatu yang bermanfaat...
namun, tentangan nafsu dan bisikan syaitan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh kelima2 deria....
menyebakan diri ini risau akan sesuatu pekerjaan yang ingin dimulakan...
Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan setiap perkara dan memulakan setiap kejadian...
sudah tentu dan diri ini amat pasti bahawa setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya...
kekosongan hati mampu menggugat iman dan diri ini cuba menghindarinya....
diri ini membaca surah Ad-Dukhaan dengan penuh sayu bagi meleraikan keheningan di hati...
siap sudah dengan pujian kepadaNya, keheningan kembali menguasai...
Apakah diri ini tidak cukup ikhlas...
memandangkan setiap perkara yang dilakukan tidak membawa apa2 kesan dan makna...
sudah tentu tidak...tidak betul dan salah jika diri ini berfikiran sedemikian...
duduk menatap laptop sambil menunggu laungan azan bagi waktu I'syak amatlah tenteram...
ingin sekali lagi diri ini untuk menuntut ilmu dan mengulangkaji....
daripada sebuah buku yang berkulit merah jambu.....bertajukkan NeuroAnatomy..
Saturday, December 25, 2010
Differences between Quran & Bible
20:120 But Satan whispered evil to him: he said, "O Adam! shall I lead thee to the Tree of Eternity and to a kingdom that never decays?" 20:120 "Setelah itu maka Syaitan membisikkan kepadanya: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" ” Genesis 3:22 And the LORD God said, "The man has now become like one of us, knowing good and evil. He must not be allowed to reach out his hand and take also from the tree of life and eat, and live forever." My comment: If we think logically, will God create something that if human eat, the human will live forever? According to Quran, syaitan tried to cheat Adam by claiming the existence of such fruit. But the same thing was mentioned by God Himself according to Bible. 20:118 "There is therein (enough provision) for thee not to go hungry nor to go naked 20:118 "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang” Genesis 2:25 “The man and his wife were both naked, and they felt no shame” My comment: Did God created Adam and Eve as two stupid human without feeling shamed 24 hours? 30:22 And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the variations in your languages and your colours: verily in that are Signs for those who know. 30:22 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an bagi orang-orang yang berpengetahuan. Genesis 11:1-9 1 Now the whole world had one language and a common speech. 2 As men moved eastward, they found a plain in Shinar and settled there. 3 They said to each other, "Come, let's make bricks and bake them thoroughly." They used brick instead of stone, and tar for mortar. 4 Then they said, "Come, let us build ourselves a city, with a tower that reaches to the heavens, so that we may make a name for ourselves and not be scattered over the face of the whole earth." 5 But the LORD came down to see the city and the tower that the men were building. 6 The LORD said, "If as one people speaking the same language they have begun to do this, then nothing they plan to do will be impossible for them.7 Come, let us go down and confuse their language so they will not understand each other." 8 So the LORD scattered them from there over all the earth, and they stopped building the city. 9 That is why it was called Babel - because there the LORD confused the language of the whole world.. From there the LORD scattered them over the face of the whole earth. My comment: The difference in language among human is a sign (tanda kebesaran) of God according to Quran. But according to Bible, what should i say? Hmm...u all comment.... Our action: Is it necessary to quote the differences between Quran and Bible all the time when we do dakwah? The answer is NO! Especially when we dealing with mosque tour and those who wants to know about Islam. Anyway, there is a possibility to do the comparision when we meet the correct person with the correct time. Example, a missionary and those who wants to compare the two scriptures. So, if we talk about the differences, what is our objective actually? And what actually we want to show them? Show to our Christian friends that we don't believe that God have such negative attributes. Then try to convince them that their God must be much more greater than what they believe. |
Tuesday, November 30, 2010
Rahsia Rakaat Dalam Solat
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"
Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat
Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)
Solat Zuhur
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103
[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)
Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat
Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107
[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar;
Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil
Solat Asar
Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam
i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan
Ketika Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi
Solat Maghrib
Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib)
Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt.
Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya
Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya
Solat Isya
Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.
Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu.
Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as.
Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75
Note Extra
Syaikhuna Murabbi Muhammad Ibrahim al-Kattani hafizahulla pernah berkata terhadap persoalan oleh seorang muridnya berkaitan bilangan rakaat dlm solat :
" Tanyakan kembali kepada Kristian tersebut, Mengapa mulut kamu hanya satu? hidung juga satu? Mata kamu dua? telinga juga begitu? kaki dan tangan juga begitu? "
Mengapa perlu bertanya kenapakah solat subuh 2 rakaat dan seterusnya sedangkan apa yang ada pada diri kamu sendiri tidak mampu kamu berikan jawapannya?
Tuhan yang sama yang menjadikan tangan, kaki, telinga dan mata kamu sepasang, tuhan yang sama jugalah memberikan kepadamu hidung dan mulut yang satu, dan Tuhan itu jugalah yang telah menjadikan solat subuh 2 rakaat , zohor 4 rakaat , asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan Isya' 4 rakaat... Jadi jangan bertanya sesuatu perkara yang kamu sendiri tidak dapat menjawabnya sedangkan perkara itu juga ada pada dirimu sendiri"
